masalah.....
setiap orang akan ada masalah...masalah adalah satu ujian untuk manusia di dunia ini. tuhan nak uji kita macam mana kita nak menghadapi sesuatu maslah itu...
but...aku bukan nak merungut...tapi aku dari kecil hingga kini dari satu ke satu masalah datang...aku tahu tuhan sayang aku tu yang dia uji aku supaya aku sentiasa dekat dengan-Nya...tapi tu lah...setiap kali masalah datang aku tak cukup kuat tuk menghadapinya...walhal aku tahu tuhan tak uji seseorang itu diluar kemampuan orang tu..tapi aku rasa aku memang tak cukup kuat untuk semua ujian itu walaupun ada sesetengah ujian tu aku dah laluinya tanpa sedar...
bila nak mengenangkan nasib hidup ini aku rasa sedih sangat...sampaikan adakala aku tertanya-tanya akan ada sinar bahagia ke untuk aku dan keluarga???tak pernah ada orang yang tahu kisah hidup kisah silam aku...tak pernah aku luahkan pada sesiapa...tak pernah aku kongsikan dengan sesiapa sebab aku tak nak raih simpati orang...kalau ada yang tau tu cuma gambaran kecil sahaja..
aku punya banyak impian...aku nak sebuah keluarga yang bahagia...aku nak punya sedara mara yang baik dan penyayang...aku teringin nak bawak mama ke tanah suci makkah...tapi dengan apa yang jadi semua impian aku musnah...kerana seorang kami yang kena...
wahai manusia yang tidak punya hati...tergamak kau buat mama aku macam tu...kau tak pernah terfikir ke itu kakak kau sendiri..darah daging kau...kau tak pernah nampak ke apa yang kitaorang lalui sebelum ini...kau takdak hati perut ke????
kalau kau rasa kau tak mampu jangan buat hutang...jangan gunakan nama orang...kalau kau buat kau bayar balik aku tak kisah...ni kau buat lepas tu kau lepas tangan...kau muflis lepas tu kau buat orang jadi macam kau.....betapa aku bencinya kau...kau curi ic dan segala dokumen mak aku lepas tu ko pinjam loan beli kereta..now ko tak mampu nak hutang kau tu...ttbe mak aku pulak yang kena...hutang kau bukan sikit...banyak...campur hutang ptptn aku dgn kakak aku pun x sebanyak hutang kau...
aku pun tak tau macam mana loan tu boleh lepas...gaji mak aku 900 je tapi boleh lepas buat loan..weh...mak aku sanggup campak kitaorang kat jkm sebab tak mampu nak sara kitaorang..dia taknak berhutang sana sini sebab tau nanti dia x mampu nak byr...die sanggup bagi anak dia kat orang lain untuk sara...dia sanggup mengemis kat wan lang untuk duduk kat stor sebab tak mampu nak ada rumah..tak mampu nak sewa rumah...tapi kau dengan senangnya guna nama mak aku buat hutang...sampaikan sekarang ni mak aku dah di declare bankrap...betapa kejamnya kau...apa salah mak aku pada kau...apa dosa dia...aku ingat lagi macam mana kau halau kitaorang macam anjing kurap dari rumah kau masa aku kecil tanpa belas kasihan..tapi sikit pun aku sekeluarga tak simpan dendam kat kau...tapi tak sangka kau buat macam ni kat mak aku...
serius aku benci gila dengan kau...aku tak jamin yang aku boleh buat baik depan kau...benci aku terhadap kau melebihi benci aku dekat abah aku sendiri...aku ingatkan aku akan benci abah aku sorang kat dunia ni sebab aku rasa dia manusia paling jahat pernah aku kenal...tinggalkn kitaorg tanpa khabar berita...tinggalkan kitaorg tanpa sebarang pesanan..hilang macam tu ja...nafkah pun tak pernah bagi...selama kami hidup selepas dia hilang tiada sapa pernah bayar zakat untuk kami...aku tanya mama tapi mama kata mama tak pernah bayar sebab dia kata ustaz kata itu bukan tanggungjawab mama...sampai sekarang mama akan bayar zakat untuk diri dia sorang..bila aku ada duit lebih aku akan bayar utk diri aku...sekolah aku mama tak pernah tanggung...aku sendiri cari duit untuk bayar semua yuran dan buku...cukup mama tanggung yang lain-lain...aku tak nak susahkan dia...aku tak pernah sikit pun mintak duit dia...kalau aku tak ada duit sikit pun aku tak pernah buka mulut mintk...sanggup aku ikat perut...aku ingatkan abah ja yang jahat rupanya kau lagi jahat dari abah....aku benci abah tapi aku benci kau lagi dari abah....
walaupun ini masalah mama..tapi aku jugak rasa tempiasnya...tipu aku x risau...aku risau segalanya...walaupun mama lagi risau dari aku...kau buat mak aku susah hati...aku benci kau...kalau mak aku sakit aku akan salahkan kau...mak aku dah lah tak boleh susah hati...dia akan sakit kalau dia susah hati....disebabkan kau aku tak tenang nak study...aku dah takda hati nak amek exam...kalau boleh aku x nak jawab exam...disebabkan kau jugak aku dah takda hati nak study...aku nak berhenti study...nak tunggu abes study lambat...2 tahun tu ckup lama bagi aku...aku tak leh nak bantu mak aku pape dlm 2 tahun ni...aku nak berhenti study sebb aku nak tlg mak aku byr semua hutang yg ko dah buat...aku nak bersihkan nama mak aku.......selagi nama dia x bersih selagi tu dia x leh kuar dr negara...macam mana dengan harapan dia nak ke tanah suci...serius benci nya aku bila pikir semua ni.....terima kasih sebab buat aku jadi seorang yang tak reti nak hormat orang....jangan pernah muncul lagi dalam hidup keluarga aku sebab aku benci kau keluarga kau semua............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan