Selasa, 3 Januari 2017

masalah.....
setiap orang akan ada masalah...masalah adalah satu ujian untuk manusia di dunia ini. tuhan nak uji kita macam mana kita nak menghadapi sesuatu maslah itu...
but...aku bukan nak merungut...tapi aku dari kecil hingga kini dari satu ke satu masalah datang...aku tahu tuhan sayang aku tu yang dia uji aku supaya aku sentiasa dekat dengan-Nya...tapi tu lah...setiap kali masalah datang aku tak cukup kuat tuk menghadapinya...walhal aku tahu tuhan tak uji seseorang itu diluar kemampuan orang tu..tapi aku rasa aku memang tak cukup kuat untuk semua ujian itu walaupun ada sesetengah ujian tu aku dah laluinya tanpa sedar...

bila nak mengenangkan nasib hidup ini aku rasa sedih sangat...sampaikan adakala aku tertanya-tanya akan ada sinar bahagia ke untuk aku dan keluarga???tak pernah ada orang yang tahu kisah hidup kisah silam aku...tak pernah aku luahkan pada sesiapa...tak pernah aku kongsikan dengan sesiapa sebab aku tak nak raih simpati orang...kalau ada yang tau tu cuma gambaran kecil sahaja..

aku punya banyak impian...aku nak sebuah keluarga yang bahagia...aku nak punya sedara mara yang baik dan penyayang...aku teringin nak bawak mama ke tanah suci makkah...tapi dengan apa yang jadi semua impian aku musnah...kerana seorang kami yang kena...

wahai manusia yang tidak punya hati...tergamak kau buat mama aku macam tu...kau tak pernah terfikir ke itu kakak kau sendiri..darah daging kau...kau tak pernah nampak ke apa yang kitaorang lalui sebelum ini...kau takdak hati perut ke????

kalau kau rasa kau tak mampu jangan buat hutang...jangan gunakan nama orang...kalau kau buat kau bayar balik aku tak kisah...ni kau buat lepas tu kau lepas tangan...kau muflis lepas tu kau buat orang jadi macam kau.....betapa aku bencinya kau...kau curi ic dan segala dokumen mak aku lepas tu ko pinjam loan beli kereta..now ko tak mampu nak hutang kau tu...ttbe mak aku pulak yang kena...hutang kau bukan sikit...banyak...campur hutang ptptn aku dgn kakak aku pun x sebanyak hutang kau...

aku pun tak tau macam mana loan tu boleh lepas...gaji mak aku 900 je tapi boleh lepas buat loan..weh...mak aku sanggup campak kitaorang kat jkm sebab tak mampu nak sara kitaorang..dia taknak berhutang sana sini sebab tau nanti dia x mampu nak byr...die sanggup bagi anak dia kat orang lain untuk sara...dia sanggup mengemis kat wan lang untuk duduk kat stor sebab tak mampu nak ada rumah..tak mampu nak sewa rumah...tapi kau dengan senangnya guna nama mak aku buat hutang...sampaikan sekarang ni mak aku dah di declare bankrap...betapa kejamnya kau...apa salah mak aku pada kau...apa dosa dia...aku ingat lagi macam mana kau halau kitaorang macam anjing kurap dari rumah kau masa aku kecil tanpa belas kasihan..tapi sikit pun aku sekeluarga tak simpan dendam kat kau...tapi tak sangka kau buat macam ni kat mak aku...

serius aku benci gila dengan kau...aku tak jamin yang aku boleh buat baik depan kau...benci aku terhadap kau melebihi benci aku dekat abah aku sendiri...aku ingatkan aku akan benci abah aku sorang kat dunia ni sebab aku rasa dia manusia paling jahat pernah aku kenal...tinggalkn kitaorg tanpa khabar berita...tinggalkan kitaorg tanpa sebarang pesanan..hilang macam tu ja...nafkah pun tak pernah bagi...selama kami hidup selepas dia hilang tiada sapa pernah bayar zakat untuk kami...aku tanya mama tapi mama kata mama tak pernah bayar sebab dia kata ustaz kata itu bukan tanggungjawab mama...sampai sekarang mama akan bayar zakat untuk diri dia sorang..bila aku ada duit lebih aku akan bayar utk diri aku...sekolah aku mama tak pernah tanggung...aku sendiri cari duit untuk bayar semua yuran dan buku...cukup mama tanggung yang lain-lain...aku tak nak susahkan dia...aku tak pernah sikit pun mintak duit dia...kalau aku tak ada duit sikit pun aku tak pernah buka mulut mintk...sanggup aku ikat perut...aku ingatkan abah ja yang jahat rupanya kau lagi jahat dari abah....aku benci abah tapi aku benci kau lagi dari abah....

walaupun ini masalah mama..tapi aku jugak rasa tempiasnya...tipu aku x risau...aku risau segalanya...walaupun mama  lagi risau dari aku...kau buat mak aku susah hati...aku benci kau...kalau mak aku sakit aku akan salahkan kau...mak aku dah lah tak boleh susah hati...dia akan sakit kalau dia susah hati....disebabkan kau aku tak tenang nak study...aku dah takda hati nak amek exam...kalau boleh aku x nak jawab exam...disebabkan kau jugak aku dah takda hati nak study...aku nak berhenti study...nak tunggu abes study lambat...2 tahun tu ckup lama bagi aku...aku tak leh nak bantu mak aku pape dlm 2 tahun ni...aku nak berhenti study sebb aku nak tlg mak aku byr semua hutang yg ko dah buat...aku nak bersihkan nama mak aku.......selagi nama dia x bersih selagi tu dia x leh kuar dr negara...macam mana dengan harapan dia nak ke tanah suci...serius benci nya aku bila pikir semua ni.....terima kasih sebab buat aku jadi seorang yang tak reti nak hormat orang....jangan pernah muncul lagi dalam hidup keluarga aku sebab aku benci kau keluarga kau semua............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 18 Mac 2016

Sedih.....

Setiap orang nak sebuah keluarga yang sempurna...mcm tu jugak dgn aq..aq bersyukur dgn keluarga yg aq ade tp aq x berkenan dgn adik beradik aq..aq bukan nak burukkan dorang, tapi aq cuma nak meluahkan apa yg aq rasa..aq nak dorang sedar perbuatan dorang...as a student yg tak bekerja dan hidup dlm kesusahan and  of course tak nak membebankan family, semestinya kita akan bergantung pada duit pinjaman or biasiswa yang kita dapatkan..mcm tu jugak aq...aq x pernah mintak duit kt mak aq or sesiapa pun...aq bergantung pada duit pinjaman semata2...tapi yang buat aq sedih, mcm mana aq nak survive klo abang aq mintak duit..minggu lepas aq bagi dia rm200 utk tukar tayar kereta..esok dia call mintak rm70 sebab nak pergi Senawang...bulan ni saja aq dh keluarkan rm700...bukan sikit...banyak tu..rm50 boleh buat belanja aq tuk 2/3 minggu...bayangkan ni rm700...duit yuran aq x abes bayar lg...yuran fak ade lagi rm180 dan yuran kolej lagi 560...baki dalam bank aq tinggal rm600..nak bayar yuran pun x cukup....apatah lg nak survive lagi 4 bulan kt uni...kakak aq..aq dah ckp awal2 laptop die tu rm350..bankin lh siap2...bila dh siap aq terpaksa keluarkan duit aq dulu...sedih aq tgok duit aq keluar..dorang x tau aq punya ikat perut kt sini..setiap hari aq akan pastikan aq belanja x lebih dari rm4...klo terlebih, esoknya aq akan kurgkan belanja x pun x mkn terus...aq malu dengan roommate aq...x kan die asyik nak belanja aq..die pun student jugak...kadang2 aq rasa patah semangat untuk habiskan belajar...aq rasa mcm nak kerja...hari2 menangis memikirkan kesusahan yang dialami...aq berharap agar suatu hari nanti dorang akan mendapat kesedaran...

Khamis, 3 Mac 2016

Long time no see!!!

lamanya x update blog..huhuhu...bukan x de masa, tapi x de hati nk update...tiba2 hari ni rasa nak baca post lama2...hahahahaaa...rasa mcm kelakar giler...terutama baca post pasal gaduh2...hahahahaa

I'm back...aku biasa update kat sini sebab ada problem..kat sini je aku boleh luahkan segalanya..dulu aku selalu tulis dairi, tapi sekarang dah malas...x larat nak pendam semua masalah..hanya kat sini je mampu luahkan sebab aku tau kat sini takde orang baca pun...huhuhuhu

now aku study di UKM kos business...tu lh bila org kata ukm je, mesti orang ingat budak-budak pandai...hish...salah tu...aku tak pandai langsung...pointer pun bawah 3.0...entah camna lh nanti...entah dapat kerja ke tak...

orang selalu ingat yang aku ni sayang UKM, sebab rumah dekat tapi jarang balik umah...tapi tu lah hakikat..aku tak suka balik rumah...kata orang, rumahku syurgaku...tapi aku tak pernah nampak hakikat kata orang tu...rumahlah tempat selalu aku mengelak kerana disana lah tempat yang buat aku tak tenang hingga satu saat aku pertikaikan takdir yang telah tertulis..Astaghfirullahal'azim....

tu lah...banyak sangat pendam tu yang buat aku jadi macam tu kadang2..huhuhuhu..pernah satu saat tu aku menangis bersendirian...sedih melihat keluargaku yang macam tu...aku bangun pagi tuk gosok baju kerja emak aku..mak aku masak kat dapur before mandi pergi nak kerja..because kat umah just ada beras, so die masak bubur supaya anak dia yang 4 orang ni tak kelaparan...(I'm really appreciate that mom, even only bubur but it really delicious) my brother yang paling aku tak suka ni nak makan, tapi sudu x de..tu pun salah dia, sapa suruh tak basuh..aku mintak tolong adik aku basuh sebab dia membebel2 kat dapur tu lagipun at the same time aku tgh siap nak keluar sebab janji dengan kawan..adik aku or sapa2 adik-beradik aku akan merungut kalau mintk tlg..nak dijadikan cerita, adik aku merungutlah, then abang aku mengamuk..die baling pinggan yang berisi bubur tu dari ruang tamu ke arah adik aku yang ade kat dapur..dorang gaduh besar..adik aku lari masuk bilik kunci pintu...aku dah lambat nak jumpa kawan tapi terpaksa juga delay tuk jumpa dorang..ikutkan hati aku nak cancel je tapi memikirkan sebab dah janji..menitik air mata aku sambil membersihkan bubur yang tumpah tu...sedih tengok bubur tu + dengan penat lelah mak aku masak..

klo nak cerita panjang sgt..cukuplah sekadar tu..klo dibuat list, terlalu banyak yang jadi yang menyebabkan aku tak nak balik umah..aku hidup dengan belas dan kasih sayang orang..tapi syukur sebab masih ada orang yang nak menyayangi diri aku yang tak seberapa ni...thanks pada kawan2 aku yang bawak aku jejalan time hari kejadian,memang sangat bermakna..atlease aku dapat hilangkan rasa sedih tu..

now, timbul masalah baru...kasar ke aku ni???ada yang terasa dengan cara aku..katanya aku ni sangat kasar..maaf kepada empunya badan yang terasa tu...ini lah aku...dulu kita rapat, patutlah tiba2 di menjauhi aku...rupanya dia terasa sebab aku ni kasar sangat...thanks to her friend sebab menegur kesilapan aku..patut lah dorang tak sentuh apa yang aku beli..walaupun hanya perkara kecil, tapi ai membuat aku memikirkan benda yang bukan2..aku beli air mineral untuk dikongsi tapi dorang tak sentuh pun..sanggup x minum walaupun haus..esoknya aku tengok dorang beli yang lain..bayangkan apa aku rasa...aku cuba postifkan diri..air aku tu jenama biasa2, dorang tak minum...

tak pa..sebab aku jenis ukur baju dibadan sendiri...aku sedar yang aku tak berkemampuan..so aku buat ikut cara aku..for korang semua....kalau korang tu orang susah, buat cara macam orang susah..jangan sekali2 berlagak seperti orang kaya...terutama student..lebih lagi yg amek ptptn..sebenarnya cukup je untuk satu sem kalau korang pandai berjimat..sebab aku sentiasa cukup tapi cuma sem lepas je x mencukupi sebab family problem..terpaksa lh aku dahulukan duit yuran utk settlekan problem...

ok..byk gler membebel...aku pun dah ngantuk..betapa lega rasanya hati ini bila dapat meluahkan walaupun sedikit..thanks blog sebab sudi dengar my story...