Isnin, 19 Mei 2014

KMKN DIHATIKU (PART 1)

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama aku tak update blog ni..bukan tak nak update but tak ada masa.. almaklumlah belajar kat matrikulasikan..semua nak kena pantas..kalau lambat sikit mesti akan ketinggalan..
btw, cakap pasal matrik, aku baru je habiskan pengajianku disana bulan lepas..(29/04/2014)..banyak benda yang aku belajar kat sana..
bercakap pasal matrik ni kan membuatkan aku rasa nak throwback semua kenangan aku kat sana..tapi kalau nak tulis semua hari ni memang panjang so aku buat part by part..

Masa mula-mula aku masuk kat sana memang tak ada hati nak belajar kat sana..aku pun tak pasti kenapa aku tak ada hati nak belajar kat sana..mungkin sebab kebanyakan kawan-kawan aku dapat belajar kat tempat yang sama..aku kat kolej ni sorang-sorang..then kebetulan aku memang baru balik PLKN kat Sabah..sangat penat..sampai rumah kol 3 pagi then kol 10 pagi terus naik bas pergi Kedah..barang-barang aku semua mak aku yang packing masa aku kat PLKN  then segala dokumen semua kakak sedara aku tolong printkan..aku balik just isi je borang-borang tu..

Ohh lupa pulak aku nak habaq yang aku belajar kat Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah..untung belajar kat sini bakhang..sini aku senaraikan kenapa untung belajar kat sini :

1) makan 5 kali sehari percuma..sebab mara tanggung
2) pelajar matrik tak ramai..bawah 300 orang..so cikgu senang nak mengajar..kalau kitaorang tercicir pun          cikgu senang nak beri perhatian.
3) kitaorang diberikan didikan agama..hari jumaat budak lelaki pergi solat jumaat, then budak perempuan  ada  bimbingan puteri..kat situ kitaorang boleh tambahkan ilmu agama kitaorang..
4) kat sana bukan kitaorang je yng ada, kami bercampur dengan budak foundation UNIKL dengan pelajar  persediaan untuk ke  luar negara...
5) banyak sangat sampai dah tak tersenarai...padahal malas nak fikir..hahaha..

ohh aku rasa ku stop kat sini dulu lah..penat dah nak taip..nanti kalau aku ada masa aku sambung balik...
cakap macam aku kerja pulak..hahaha..padahal duduk rumah 24 jam
kawasan kolej yang sangat lawa

ni padang kolej..kat sini kitaorang main bola, ragbi dan memanah

ni rabbit kat zoo kolej..rabbit ni 24 jam lapar..bila datang je semua akan datang dekat..

bukan rabbit je yang ada, tapi ada ayam dengan itik jugak..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan